PUTRAJAYA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg antara pemimpin yang menghadiri pertemuan dua hala antara Malaysia dan Jepun di Kompleks Perdana Putra, pada Jumaat.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri oleh delegasi Jepun yang diketuai oleh Perdana Menteri, Shigeru Ishiba adalah bagi membincangkan beberapa isu berkaitan hubungan Malaysia-Jepun.
Antara lain, perbincangan menyentuh bidang perdagangan dan pelaburan, pembangunan sumber manusia, dan kerjasama tenaga.
Shigeru Ishiba tiba di Malaysia dalam siri lawatan rasmi dua hari yang juga merupakan lawatan pertama beliau ke negara ini sejak memegang jawatan pada bulan Oktober tahun lepas.
Sementara itu, rombongan Kerajaan Sarawak turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.